Cari Blog Ini

Pages

Sabtu, 21 April 2012

Babbitty Rabbitty and her Cackling Stump (Babbitty Rabbitty dan Tunggul Terbahak)

Pada jaman dahulu, di suatu kawasan tanah yang jauh dan terasing, seorang Raja telah membuat keputusan untuk menyimpan segala kekuatan sihir yang ada di dunia ini hanya untuk dirinya saja. Dalam usahanya untuk mendapatkan semua kekuatan sihir itu, Raja perlu mengumpulkan semua para penyihir di dunia ini baik laki-laki atau perempuan dengan membentuk sebuah Pasukan Penangkap Penyihir yang mempunyai sekumpulan anjing liar. Tetapi, baginda terpaksa belajar dulu cara menggunakan sihir, oleh itu baginda telah mengadakan sayembara siapa yang bisa mengajari beliau sihir. Bagaimanapun, tidak ada yang mau tampil dihadapnnya hingga muncul seorang Muggle yang berpura-pura menjadi seorang penyihir yang mencoba mengajari Raja itu cara menggunakan sihir itu sedangkan dia sendiri tidak mempunyai ilmu untuk menggunakan sihir.

Tidak lama kemudian, Muggle itu telah meminta upah dan harta atas apa yang diajrkan kepada beliau, dan beliau telah menyimpan segala upah itu di sebuah rumah yang kecil. Babbitty, tukang cuci Raja telah bersembunyi dan memperhatikan perbuatan Muggle ketika Muggle itu telah mematahkan dua ranting dari sebatang pohon dan berpura-pura itu sebagai tongkan sihir.

Sementara Raja dan Muggle itu sedang berlatih, mereka terdengar Babbitty tertawa terbahak-bahak dari rumah kecilnya. Hal ini menyebabkan Raja itu murka lalu berkata bahawa baginda akan menunjukkan kemahiran baru beliau di hadapan Muggle tersebut. Bagaimanapun, Muggle itu mencoba untuk melarikan diri dengan berkata bahwa tidak dapat membantu Raja itu dan dia mempunyai urusan di kota. Tetapi, Raja itu telah mengancam bahwa ia akan mengirim tentara beliau untuk mengejar Muggle tersebut dan jika ada orang yang mentertawakan beliau ketika mencoba menghasilkan sihir, kepala Muggle tersebut akan dipenggal. Muggle itu kemudiannya menuju ke rumah Babbitty dan menyelidiki Babbitty yang ternyata penyihir asli.

Tanpa dapat berkata apa-apa, Babbitty setuju untuk membantu Muggle tersebut. Beliau berkata kepada Babbitty bahawa Babbitty perlu bersembunyi di semak-semak keesokannya, dan akan mencoba agar Raja itu dapat melakukan sihir. lalu, Raja itu telah mengilangkan sebuah topi, mengapungkan seekor kuda, bagaimanapun ketika salah seorang penonton bertanya jika Raja itu mampu menghidupkan anjingnya yang sudah mati, Raja itu gagal dalam percobaanya. Babbitty tidak mampu berbuat apa-apa karena tidak ada mantra yang mampu menghidupkan benda mati. Para penonton telah mentertawakan baginda, dan baginda ingin tahu bagaimana sihirnya bisa gagal. Muggle itu telah menunjuk ke arah semak dan berkata bahwa terdapat seorang penyihir jahat yang sedang menghalangi sihir tersebut. Babbitty segera melarikan diri, dan anjing-anjing yang dikirim untuk mengejar beliau, Babbitty "menghilang", menyebabkan anijing-anjing itu menabrak pada sebatang pohon.

Muggle itu berkata bahawa Babbitty telah menjadi pohon crabapple, dan pohon tersebut perlu ditebang. Lalu pohon itu ditebang. Semasa jumlah penonton mulai berkurang, mereka terdengar suara dari batang pohon yang telah ditebang tadi dan Babbitty memberitahu para penonton untuk membunuh penyihir tidak dengan ditebang, dan mereka perlu mengintrogasi Muggle itu sebagai bukti. Muggle itu akhirnya mengaku bahawa beliau merupakan seorang penipu dan beliau akan membuat hukuman mati atas orang yang dicederakan. Babbitty kemudian membuat permintaan untuk sebuah tugu didirikan untuk beliau sebagai peringatan kepada mereka atas apa yang telah terjadi. Raja itu berjanji untuk melaksanakannya. Tidak lama kemudian, keluar seekor kelinci tua dari tunggul pohon tersebut dengan sebatang tongkat sakti di mulutnya, dan didapati bahawa beliau merupakan seorang animagus yang akhirnya meninggalkan kerajaan itu. Maka, buat selama-lamanya terdapat sebuah tugu Babbitty di atas tunggul tersebut.

1 komentar: