Cari Blog Ini

Pages

Sabtu, 21 April 2012

The Wizard and the Hopping Pot (Sang Penyihir dan Kuali Melompat)

Kisah ini merupakan sebuah cerita mengenai jasa seorang tua yang dengan bermurah hati menggunakan kuali untuk membuat ramuan. yang digunakan untuk membantu orang lain yang datang meminta bantuannya. Semasa kematiannya, beliau meningggalkan semua harta milknya kepada satu-satunya anak tunggal lelakinya, yang tidak mewarisi sifat kemurahan hati ayahnya. Selepas kematian ayahnya, beliau telah menjumpai satu sepatu dengan catatan dari ayahynya yang tertulis "Dengan harap, kamu tidak memerlukan ini lagi".

Karena ditinggalkan tanpa harta kecuali sebuah kuali, anak itu akan menutup pintu bagi setiap tamu yang datang untuk meminta bantuan. Tamu pertama datang adalah seorang wanita tua yang cucunya terjangkit kutil. Lalu, pintu ditutup, si anak mendengar bunyi dari dapur dan melihat kuali pemberian ayahnya mempunyai sebatang kaki yang ditumbuhi kutil. Tamu seterusnya adalah seorang lelaki tua yang datang dengan keledainya yang lapar yang tidak dapat bergerak untuk membantu lelaki tua itu untuk ke pasar untuk membeli barang makanan untuk keluarga orang tua itu yang sedang kelaparan. Sebaik saja si anak menutup pintu kali ini, kuali itu mulai berbunyi seperti keledai. Beberapa kejadian yang sama berlaku, sehinggalah si anak mengalah dan membuat keputusan untuk memanggil tamu-tamu tadi dan mula menawarkan bantuan sehingga beliau menyelesaikan semua masalah yang dihadapi tamu-tamunya sehingga kuali itu memuntahkan satu sepatu misteri yang anehnya sama dengan kaki kuali yang kini tidak berisik, dan kedua si anak dan kuali itu berjalan ke arah matahari terbenam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar